Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah
tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu
kepimpinan yang menggalakkan semua kakitangan melibatkan diri dalam sesebuah
organisasi. Menurut Responden 1, kepimpinan demokratik ini merupakan kepimpinan yang
sering kali digunapakai oleh banyak sekolah di Malaysia. Kepimpinan demokratik ini lebih
bersifat bertimbang rasa dan lebih mendengar pandangan guru lain sebelum membuat
keputusan.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi lebih memfokuskan kepada
hubungan antara majikan dan pekerja dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif
organisasi. Menurutnya lagi, mereka yang terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka
yang mendapat kesan daripada perubahan itu diberi peluang untuk berbincang dan membuat
keputusan. Misalnya, dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah, pihak yang terlibat
dengan perubahan itu ialah guru, dan pihak yang mendapat kesan daripada perubahan itu ialah
pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga
terlibat dalam perancangan, dan membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu. Cara
ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu program. Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada mereka.
Menurut Responden 2 pula apabila ditanya tentang gaya kepimpinan demokratik, gaya
kepimpinan demokratik ini dikatakan amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan
dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi. Gaya
kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif. Dalam situasi di mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan
pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas . Gaya kepimpinan ini amat
disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat
keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan
guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira
serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan.
Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya
pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut
tahap atau kemampuan murid serta `mood`pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi
perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi ideaidea
kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah.
Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan
setugas yang lain dan pengetua sendiri.
Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak
dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana, beserta dengan usahasama
antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya. Oleh yang demikian, kepimpinan
merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program
atau tugasan, yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu. Walau bagaimanapun
kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong
stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya
dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...

-
Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak yang memperlihatkan kurang penglibatan seseoran...
-
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...
-
Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu kepimp...
No comments:
Post a Comment