Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak
yang memperlihatkan kurang penglibatan seseorang pemimpin dalam mengendalikan
organisasinya. Gaya kepimpinan ini juga merupakan satu bentuk kepimpinan yang
menunjukkan perhubungan yang sedikit antara pemimpin dan pengikut. Hal ini kerana,
pemimpin yang memperlihatkan corak kepimpinan sedemikian berkemungkinan tidak
berminat sepenuhnya dengan tugasan dan kuasa yang diamanahkan kepadanya. Pada
kebiasaannya, pemimpin akan menurunkan autoritinya kepada ahli organisasinya untuk
melaksanakan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dan hanya akan membuat keputusan
apabila diminta oleh ahli organisasinya. Dari aspek organisasi, pemimpin yang mengamalkan
corak kepimpinan Laissez-Faire hanya memegang peranan minimum, iaitu sekadar untuk
menjaga keahlian organisasinya (Razali M. Z, 1993). Dalam hal ini, pemimpin tidak
menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan organisasi mahupun ahli organisasi. Hal
sedemikian berlaku kerana, corak kepimpinan sedemikian memberi kebebasan sepenuhnya
kepada ahli organisasinya untuk membuat keputusan. Pemimpin hanya bertindak sebagai
penyalur maklumat dan sumber fizikal sahaja (Razali M. Z, 1993).
Melalui corak kepimpinan seperti ini, pihak bawahan tidak terlalu tertekan kerana ahli
organisasi tidak terlalu bergantung atau dikawal oleh pemimpin. Selain itu, corak kepimpinan
Laissez-Faire juga berupaya mendorong setiap individu untuk berfikiran lebih kritis dan
kreatif.Hal ini kerana, kepimpinan seperti ini memerlukan individu yang terlibat perlu
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dengan akal fikirannya sendiri ekoran
penglibatan yang minimum dari pihak pemimpin. Walaubagaimanapun, organisasi yang mengamalkan kepimpinan corak seperti ini cenderung kepada risiko gagal mencapai
matlamat organisasi kerana kurang bimbingan dari pihak yang berkemahiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...

-
Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak yang memperlihatkan kurang penglibatan seseoran...
-
Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu kepimp...
-
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...
No comments:
Post a Comment