Monday, December 3, 2018

TEORI

          Kepimpinan dan organisasi merupakan satu subjek yang telah lama diperbahaskan dalam ketamadunan manusia dan menjadi topik yang hangat dalam perbincangan ahli falsafah barat seperti Aristotle dan Plato. Kepimpinan dan organisasi merupakan suatu perkara yang saling berkait. Hal ini dapat dikukuhkan dengan melihat dari aspek definisi, kepimpinan membawa maksud keupayaan atau proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke arah mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu (Maimunah, 1990). Manakala organisasi pula merujuk kepada satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum (Zainal Ariffin, 1998). Dalam masyarakat moden, kepimpinan dan organisasi merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana manusia berpegang erat kepada kepimpinan yang diterajui untuk kehidupan, kesejahteraan dan inspirasi mereka. Seterusnya, kecemerlangan organisasi semestinya memberi kesan positif kepada mereka yang terlibat. Banyak kajian telah dilaksanakan berkaitan hal ehwal kepimpinan dan pelbagai teori kepimpinan yang dibangunkan selaras dengan perkembangan ilmu dan perkembangan manusia untuk menerangkan fenomena yang kompleks ini. Antara teori yang diketengahkan ialah Teori Sifat (Traits Theory), Teori Tingkahlaku (Behaviours Theory) dan Teori Kontigensi. Setiap teori yang dibangunkan ini adalah berlandaskan pemahaman, pengalaman dan keperluan manusia. 

No comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

          Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...