Monday, December 3, 2018

GAYA KEPIMPINAN DEMOKRASI

          Corak kepimpinan demokrasi mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan corak autokrasi. Pemimpin yang mengamalkan demokrasi cenderung untuk bermusyawarah dan bertukar-tukar pandangan dengan kakitangan yang ada dalam organisasinya. Pemimpin yang mengamalkan corak kepimpinan demokrasi sentiasa menggalakkan penglibatan subordinat dalam proses membuat keputusan kerana corak kepimpinan demokrasi mengambil kira semua pandangan majoriti. Selain itu, corak kepimpinan demokrasi juga memperlihatkan pemberian peluang kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum mengambil sesuatu keputusan. Disamping mengarahkan ahlinya untuk melaksanakan tugas, seorang pemimpin yang menggunakan corak kepimpinan ini juga berupaya melatih ahlinya untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan seterusnya menjawat jawatan seperti pemimpin organisasi tersebut (Jasim, 1989). Dalam konteks organisasi, corak kepimpinan demokrasi memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu hasil tugasan dan tenaga kerja. Kepimpinan demokrasi secara dasarnya banyak memberi galakan dan sokongan kepada ahlinya agar ahliahlinya sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi semasa melaksanakan tugas disamping memupuk semangat kerjasama.

No comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

          Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...