Kepimpinan mempunyai kaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki
perancangan sendiri yang mantap dan setiap ketua mempunyai kuasa dalam mengetuai hala
tuju sesuatu kelompok. Justeru, tanpa seseorang ketua yang mengetuai carta organisasi, maka
tidak akan sempurnalah organisasi tersebut. Gaya kepimpinan pula, antara lain, bergantung
kepada sejauh mana seseorang pemimpin berperanan menentukan struktur tugas dan
organisasi yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan amat penting dalam mewujudkan kepuasan
antara majikan dan pekerja. Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan
kepimpinan ialah satu proses bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke
arah penyempurnaan matlamat tertentu. Malah gaya kepimpinan yang berkesan, berupaya
menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Ada beberapa gaya kepimpinan di antaranya adalah gaya kepimpinan autokratik.
Gaya ini dikaitkan juga dengan berpusatkan tugas, berpusatkan pengeluaran, pencapaian
matlamat, pengenalan struktur, Teori X dan juga kepimpinan paksaan. Pengetua/Guru Besar
membuat keputusan seorang diri tanpa mengambilkira pendapat ahli lain dalam organisasi
sekolah. Penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan sangat sedikit. Walaupun
pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan
tugas dengan sempurna, orang-orang bawahan yang diarahkan mungkin tidak mengetahui
mengapa sesuatu itu dibuat (Ibrahim Mamat 1998). Ini akan menyebabkan semangat bekerja
dan minat mereka lemah. Inisiatif dan kreativiti juga rendah. Walau pun begitu dalam
keadaan kritis, stail tradisional adalah paling berkesan kerana keputusan yang tegas dan tepat diperlukan. Begitu juga situasi-situasi yang memerlukan kepakaran. Pengetua yang
sepatutnya merupakan seorang pakar, mesti bersikap mengarah untuk membantu orang-orang
bawahannya.
Sementara itu, bagi gaya kepimpinan demokratik seseorang pengetua/guru besar
memberi peluang kepada para guru untuk melibatkan diri secara langsung di dalam sistem
pentadbiran organisasinya. Bukan itu sahaja, pengetua/guru besar yang mengamalkan gaya
kepimpinan demokratik ini turut memberi peluang kepada setiap pekerjanya untuk memberi
peluang kepada guru-guru lain untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu
keputusan yang diambil. Kepimpinan demokratik ini lebih bersifat bertimbang rasa dan lebih
mendengar pandangan guru lain sebelum membuat keputusan. Pengetua/guru besar yang
mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi lebih memfokuskan kepada hubungan antara
pengetua dan pguru-guru dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif organisasi. Gaya kepimpinan seterusnya merupakan gaya kepimpinan transformasi. Bass (1990)
menggambarkan pengetua yang mengamalkan kepimpinan transformasi ini sebagai memiliki
prestasi dan keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Mengikut Burns (1978) pemimpin yang
mengamalkan ciri kepimpinan jenis ini juga melibatkan diri dengan orang lain melalui satu
cara yang tertentu sehingga pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan
semangat bekerja ke satu tahap yang lebih tinggi.Terdapat empat ciri utama yang memberi
kekuatan kepada kedua-dua pengetua untuk menggerakkan guru-guru di bawahnya untuk
mencapai matlamat yang telah dirancang. Ciri-ciri tersebut ialah berkarisma, memiliki
inspirasi, memiliki pertimbangan kemanusiaan terhadap setiap individu dan memiliki
stimulasi keintelektualan. Kepimpinan transformasi umumnya tidak terlalu berpaksi kepada
pengaruh kekuasaan tetapi lebih kepada pengaruh personaliti yang menarik, sifat dalaman
yang mantap dan ketrampilan semulajadi yang berasaskan keilmuan dan keintelektualan.
Lebih daripada itu kepimpinan transformaasi ini didapati telah memberi kesan secara tidak
langsung terhadap pencapaian akademik pelajar dikedua-dua buah sekolah.
Kesimpulannya, kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan
sesuatu organisasi mengikut matlamat dan objektif dengan mengambil kira faktor-faktor
berkaitan. Setiap organisasi memerlukan pemimpin dan tanpa pemimpin organisasi tidak
dapat berfungsi dengan sempurna..Sesungguhnya, jatuh bangunnya sesebuah organisasi
terletak pada keberkesanan perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam menerajui
organisasi yang dipimpinnya. Natijahnya, melalui komunikasi yang berkesan seseorang ketua
boleh mempengaruhi pekerja bawahannya untuk membentuk sesebuah kelompok yang dinamik bagi mencapai matlamat organisasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...

-
Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak yang memperlihatkan kurang penglibatan seseoran...
-
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...
-
Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu kepimp...
No comments:
Post a Comment