Kepimpinan merupakan keupayaan atau kebolehan seseorang untuk memimpin sesebuah
organisasi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kepimpinan merupakan kemampuan dan
keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin. Kepimpinan berkesan
juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. Kepimpinan beretika
adalah penting kerana pemimpin adalah agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen
penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada
perlakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi.
Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan ini akan dapat membawa organisasi
yang diterajuinya ke arah kecemerlangan. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan
yang berwibawa.
Antara ciri yang perlu ada pada seorang pemipin ialah bertanggungjawab dalam
oraganisasi, dapat mendengar pendapat orang lain dan dapat berkomunikasi dengan baik di
dalam organisasi. Pemimpin juga perlulah mempunyai sifat individu yang berwibawa,
berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Ciri-ciri tersebut dapat memberikan kesan
yang besar kepada sesebuah oraganisasi untuk menjadi lebih baik dan maju dan ia akan dapat
mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Ciri-ciri yang ada
pada pemimpin juga dapat memberikan kesan kepada golongan bawahan yang akan menjadi ikutan kepada mereka semasa menjalankan tugas dalam organisasi. Ciri kepimpinan itu
berlaku dapat seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai
objektif organisasi.
Antara faktor yang mempengaruhi kepimpinan ialah untuk memberikan sesebuah
organisasi itu berjalan dengan lancar dan teratur. Jika tidak mempunyai pemimpin dalam
sesebuah oraganisi ia akan memberikan masalah yang besar kerana tidak ada seseorang yang
ingin mengawal gerak kerja yang dilakukan dalam oraganisasi, ini akan mengundang gerak
kerja yang lambat. Faktor lain juga memberikan visi dan misi tercapai, pemimpin yang bagus
mempunyai visi dan misi dalam sesbuah organisasi untuk memberikan organisasi tersebut
terus maju kehadapan.
Antara contoh kepimpinan dalam organisasi ialah di sekolah. Semua sekolah mesti
mempunyai carta organisasi yang diketuai oleh pengetua dan dibantu oleh guru-guru kanan
serta tenaga-tenaga pengajar yang lain. Carta organisasi untuk bertujuan untuk memberikan
sesebuah sekolah tersebut terus cemerlang dari segi akademik, dan juga kokorikulum. Carta
organisasi di sekolah juga mempunyai visi dan misi bagi mencapai tujuan sekolah untuk terus cemerlang. Carta organisasi di sekolah dapat membantu dalam kemajuan sekolah ini kerana
pengetua yang bagus dan bertanggungjawab akan memastikan sekolah di maju dan mendapat
pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...

-
Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak yang memperlihatkan kurang penglibatan seseoran...
-
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...
-
Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu kepimp...
No comments:
Post a Comment