Monday, December 3, 2018

GAYA KEPIMPINAN

          Kepimpinan berlangsung dalam setiap aspek kehidupan manusia. Setiap manusia mempunyai kebolehan, kemampuan, kemahiran dan pengetahuan mengenai kepimpinan. Walaubagaimanapun, gaya kepimpinan yang dilaksanakan semestinya berbeza mengikut persepktif pemimpin itu sendiri bahkan setiap manusia mengamalkan gaya kepimpinan yang tersendiri yang sejajar dengan kehendak organisasi, agensi, dan diri sendiri. Gaya kepimpinan adalah corak seseorang pemimpin menyelaras, menyelia dan mengarah pihak-pihak yang wujud dalam organisasinya (Fiedler, 1967). Tidak dinafikan dalam perbahasan berkaitan kepimpinan, pelbagai gaya atau corak kepimpinan yang diketengahkan. Setiap daripada gaya kepimpinan yang dibangunkan mempunyai fungsi tersendiri. Namun begitu, setiap gaya kepimpinan mempunyai asas yang sama iaitu proses memotivasi dan menyelaraskan ahli kelompok untuk mencapai matlamat organisasi (Fiedler,1967). Oleh itu, bagi menjamin pencapaian matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu peka terhadap persekitarannya. Dengan cara ini, seseorang peimpin dapat mengetahui pendekatan yang sesuai untuk dipraktikkan agar proses kepimpinan dapat dijalankan dengan efektif. Secara umumnya, gaya kepimpinan dapat diklasifikasikan kepada tiga corak iaitu kepimpinan Autokrasi, kepimpinan Demokrasi, dan kepimpinan Laissez-Faire.

No comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

          Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...