Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan carta organisasi sekolah iaitu kurikulum.
Jawatan-jawatan yang dipegang oleh para guru seperti jawatan ketua panitia atau ketua
bidang, setiausaha kurikulum, setiausaha peperiksaan, penyelaras mata pelajaran dan
pelbagai lagi bidang yang berkaitan dengan kurikulum.Para guru perlu mengetahui tugas
masing-masing supaya skop dan bidang kerja yang akan dibuat nanti akan berkait dengan diri
sendiri.
Rajah berikut merupakan salah satu contoh carta organisasi sekolah.
Pengurusan Pembelajaran
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم WELCOME TO MY BLOG
Monday, December 3, 2018
KEPIMPINAN YANG BERKESAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI
Kepimpinan mempunyai kaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki
perancangan sendiri yang mantap dan setiap ketua mempunyai kuasa dalam mengetuai hala
tuju sesuatu kelompok. Justeru, tanpa seseorang ketua yang mengetuai carta organisasi, maka
tidak akan sempurnalah organisasi tersebut. Gaya kepimpinan pula, antara lain, bergantung
kepada sejauh mana seseorang pemimpin berperanan menentukan struktur tugas dan
organisasi yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan amat penting dalam mewujudkan kepuasan
antara majikan dan pekerja. Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan
kepimpinan ialah satu proses bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke
arah penyempurnaan matlamat tertentu. Malah gaya kepimpinan yang berkesan, berupaya
menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Ada beberapa gaya kepimpinan di antaranya adalah gaya kepimpinan autokratik.
Gaya ini dikaitkan juga dengan berpusatkan tugas, berpusatkan pengeluaran, pencapaian
matlamat, pengenalan struktur, Teori X dan juga kepimpinan paksaan. Pengetua/Guru Besar
membuat keputusan seorang diri tanpa mengambilkira pendapat ahli lain dalam organisasi
sekolah. Penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan sangat sedikit. Walaupun
pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan
tugas dengan sempurna, orang-orang bawahan yang diarahkan mungkin tidak mengetahui
mengapa sesuatu itu dibuat (Ibrahim Mamat 1998). Ini akan menyebabkan semangat bekerja
dan minat mereka lemah. Inisiatif dan kreativiti juga rendah. Walau pun begitu dalam
keadaan kritis, stail tradisional adalah paling berkesan kerana keputusan yang tegas dan tepat diperlukan. Begitu juga situasi-situasi yang memerlukan kepakaran. Pengetua yang
sepatutnya merupakan seorang pakar, mesti bersikap mengarah untuk membantu orang-orang
bawahannya.
Sementara itu, bagi gaya kepimpinan demokratik seseorang pengetua/guru besar
memberi peluang kepada para guru untuk melibatkan diri secara langsung di dalam sistem
pentadbiran organisasinya. Bukan itu sahaja, pengetua/guru besar yang mengamalkan gaya
kepimpinan demokratik ini turut memberi peluang kepada setiap pekerjanya untuk memberi
peluang kepada guru-guru lain untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu
keputusan yang diambil. Kepimpinan demokratik ini lebih bersifat bertimbang rasa dan lebih
mendengar pandangan guru lain sebelum membuat keputusan. Pengetua/guru besar yang
mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi lebih memfokuskan kepada hubungan antara
pengetua dan pguru-guru dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif organisasi. Gaya kepimpinan seterusnya merupakan gaya kepimpinan transformasi. Bass (1990)
menggambarkan pengetua yang mengamalkan kepimpinan transformasi ini sebagai memiliki
prestasi dan keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Mengikut Burns (1978) pemimpin yang
mengamalkan ciri kepimpinan jenis ini juga melibatkan diri dengan orang lain melalui satu
cara yang tertentu sehingga pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan
semangat bekerja ke satu tahap yang lebih tinggi.Terdapat empat ciri utama yang memberi
kekuatan kepada kedua-dua pengetua untuk menggerakkan guru-guru di bawahnya untuk
mencapai matlamat yang telah dirancang. Ciri-ciri tersebut ialah berkarisma, memiliki
inspirasi, memiliki pertimbangan kemanusiaan terhadap setiap individu dan memiliki
stimulasi keintelektualan. Kepimpinan transformasi umumnya tidak terlalu berpaksi kepada
pengaruh kekuasaan tetapi lebih kepada pengaruh personaliti yang menarik, sifat dalaman
yang mantap dan ketrampilan semulajadi yang berasaskan keilmuan dan keintelektualan.
Lebih daripada itu kepimpinan transformaasi ini didapati telah memberi kesan secara tidak
langsung terhadap pencapaian akademik pelajar dikedua-dua buah sekolah.
Kesimpulannya, kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan
sesuatu organisasi mengikut matlamat dan objektif dengan mengambil kira faktor-faktor
berkaitan. Setiap organisasi memerlukan pemimpin dan tanpa pemimpin organisasi tidak
dapat berfungsi dengan sempurna..Sesungguhnya, jatuh bangunnya sesebuah organisasi
terletak pada keberkesanan perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam menerajui
organisasi yang dipimpinnya. Natijahnya, melalui komunikasi yang berkesan seseorang ketua
boleh mempengaruhi pekerja bawahannya untuk membentuk sesebuah kelompok yang dinamik bagi mencapai matlamat organisasi.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU
Karakter kepimpinan guru dalam kajian ini adalah lebih memfokuskan kepada
kepimpinan guru besar/pengetua dalam mentadbir sesebuah sekolah. Di sekolah,
pengetua/guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.
Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran, peranan pengetua /
guru besar menjalankan tugas seperti mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan kalendar
sekolah, mengawai SPBT, surat menyurat, mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani,
mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi
oleh pelajar, mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda sekolah
digunakan sebaiknya, dan menjalin hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar
(Zaidatul Akmaliah, 1991).
Menurut responden 2, pengetua merupakan orang yang utama di peringkat sekolah
untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat
sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan
mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Pengetua haruslah berpandangan jauh,
proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut
perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk
melonjakkan pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada
kesepadanan di antara dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran.
Tingkahlaku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antaramanusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur
tugasan, dan kedudukan kuasa. Menurut Responden 2 lagi, pengetua perlu menjaga hubungan antara pemimpin dan
ahli yang baik bagi memperolehi kerjasama yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga
sekolah. Apabila hubungan seseorang pengetua dan guru berada dalam keadaan baik, guru
akan berasa lebih mudah untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk
mengajar murid-murid. Guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk belajar
di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif.
Mengikut kajian Arfah (1994) yang dilakukan ke atas 85 orang guru dan 5 orang guru
besar sekolah rendah di Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi dikalangan guru
ialah kesefahaman dengan pengetua, sokongan dari pengetua, persekitaran kerja yang sihat dan
hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan pengetua dan rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Pengetua perlu
sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya persekitaran dan kecemerlangan sekolah.
Jika seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan
diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap lebih berkesan.
Dalam penentuan keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan guru
besarlah yang selalu dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak dapat melarikan diri
daripada hakikat bahawa ibubapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah
sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain
itu, guru besar juga perlu merancang dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di
sekolah. selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik,
guru besar juga perlu menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan
seperti penyusunan serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat
sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan,
penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang. Ini bersesuaian dengan Hussien (1993)
yang berpandangan untuk menjadi pengetua yang mempunyai kepimpinan yang berkesan
perlulah menyatakan matlamat sekolah dengan jelas kepada semua guru, staf sokongan, ibu
bapa, masyarakat serta pelajar yang mempunyai kepentingan bersama.
Sebagai pemimpin, pengetua perlu memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan
secara adil dan saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Pengetua
perlu memahami masalah yang dihadapi oleh guru-guru mereka dan perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan berhemah.
BENTUK KEPIMPINAN BAGI MENGURUS GURU DI SEKOLAH
Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah
tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu
kepimpinan yang menggalakkan semua kakitangan melibatkan diri dalam sesebuah
organisasi. Menurut Responden 1, kepimpinan demokratik ini merupakan kepimpinan yang
sering kali digunapakai oleh banyak sekolah di Malaysia. Kepimpinan demokratik ini lebih
bersifat bertimbang rasa dan lebih mendengar pandangan guru lain sebelum membuat
keputusan.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi lebih memfokuskan kepada
hubungan antara majikan dan pekerja dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif
organisasi. Menurutnya lagi, mereka yang terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka
yang mendapat kesan daripada perubahan itu diberi peluang untuk berbincang dan membuat
keputusan. Misalnya, dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah, pihak yang terlibat
dengan perubahan itu ialah guru, dan pihak yang mendapat kesan daripada perubahan itu ialah
pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga
terlibat dalam perancangan, dan membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu. Cara
ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu program. Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada mereka.
Menurut Responden 2 pula apabila ditanya tentang gaya kepimpinan demokratik, gaya
kepimpinan demokratik ini dikatakan amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan
dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi. Gaya
kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif. Dalam situasi di mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan
pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas . Gaya kepimpinan ini amat
disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat
keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan
guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira
serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan.
Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya
pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut
tahap atau kemampuan murid serta `mood`pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi
perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi ideaidea
kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah.
Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan
setugas yang lain dan pengetua sendiri.
Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak
dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana, beserta dengan usahasama
antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya. Oleh yang demikian, kepimpinan
merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program
atau tugasan, yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu. Walau bagaimanapun
kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong
stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya
dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama.
GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE
Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak
yang memperlihatkan kurang penglibatan seseorang pemimpin dalam mengendalikan
organisasinya. Gaya kepimpinan ini juga merupakan satu bentuk kepimpinan yang
menunjukkan perhubungan yang sedikit antara pemimpin dan pengikut. Hal ini kerana,
pemimpin yang memperlihatkan corak kepimpinan sedemikian berkemungkinan tidak
berminat sepenuhnya dengan tugasan dan kuasa yang diamanahkan kepadanya. Pada
kebiasaannya, pemimpin akan menurunkan autoritinya kepada ahli organisasinya untuk
melaksanakan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dan hanya akan membuat keputusan
apabila diminta oleh ahli organisasinya. Dari aspek organisasi, pemimpin yang mengamalkan
corak kepimpinan Laissez-Faire hanya memegang peranan minimum, iaitu sekadar untuk
menjaga keahlian organisasinya (Razali M. Z, 1993). Dalam hal ini, pemimpin tidak
menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan organisasi mahupun ahli organisasi. Hal
sedemikian berlaku kerana, corak kepimpinan sedemikian memberi kebebasan sepenuhnya
kepada ahli organisasinya untuk membuat keputusan. Pemimpin hanya bertindak sebagai
penyalur maklumat dan sumber fizikal sahaja (Razali M. Z, 1993).
Melalui corak kepimpinan seperti ini, pihak bawahan tidak terlalu tertekan kerana ahli
organisasi tidak terlalu bergantung atau dikawal oleh pemimpin. Selain itu, corak kepimpinan
Laissez-Faire juga berupaya mendorong setiap individu untuk berfikiran lebih kritis dan
kreatif.Hal ini kerana, kepimpinan seperti ini memerlukan individu yang terlibat perlu
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dengan akal fikirannya sendiri ekoran
penglibatan yang minimum dari pihak pemimpin. Walaubagaimanapun, organisasi yang mengamalkan kepimpinan corak seperti ini cenderung kepada risiko gagal mencapai
matlamat organisasi kerana kurang bimbingan dari pihak yang berkemahiran.
GAYA KEPIMPINAN DEMOKRASI
Corak kepimpinan demokrasi mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan corak
autokrasi. Pemimpin yang mengamalkan demokrasi cenderung untuk bermusyawarah dan
bertukar-tukar pandangan dengan kakitangan yang ada dalam organisasinya. Pemimpin yang
mengamalkan corak kepimpinan demokrasi sentiasa menggalakkan penglibatan subordinat
dalam proses membuat keputusan kerana corak kepimpinan demokrasi mengambil kira semua pandangan majoriti. Selain itu, corak kepimpinan demokrasi juga memperlihatkan pemberian
peluang kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum
mengambil sesuatu keputusan. Disamping mengarahkan ahlinya untuk melaksanakan tugas,
seorang pemimpin yang menggunakan corak kepimpinan ini juga berupaya melatih ahlinya
untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan seterusnya menjawat jawatan seperti pemimpin
organisasi tersebut (Jasim, 1989). Dalam konteks organisasi, corak kepimpinan demokrasi
memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu hasil tugasan dan tenaga kerja. Kepimpinan demokrasi secara dasarnya banyak memberi galakan dan sokongan kepada
ahlinya agar ahliahlinya sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi semasa melaksanakan
tugas disamping memupuk semangat kerjasama.
GAYA KEPIMPINAN AUTOKRASI
Gaya kepimpinan autokrasi cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara
paksaan (Halal, 1974). Dalam gaya kepimpinan autokrasi, penglibatan seseorang pemimpin
adalah berskala penuh di mana semua aktiviti dalam organisasi adalah atas arahan pemimpin
yang menerajui organisasi tersebut. Hal ini kerana, pemimpin menggunakan sumber kuasa
formal (Halal, 1974). Dalam konteks organisasi gaya kepimpinan yang berbentuk autokrasi
hanya menitikberatkan kecekapan operasi tanpa mengambilkira hal ehwal pekerja. Gaya
kepimpinan autokrasi memerlukan pengikutnya menuruti dan melaksanakan arahan yang
dikeluarkan oleh pemimpin tersebut tanpa alasan. Gaya kepimpinan ini juga memperlihatkan
unsur kuku besi di mana pembuatan keputusan adalah berpusat. Pemimpin akan membut
keputusan yang berkaitan dengan tugas, peraturan, dan perkembangan organisasi dengan
sepenuhnya. Dari aspek komunikasi, kepimpinan autokrasi memperlihatkan suasana
perhubungan secara sehala. Hal ini kerana, pihak bawahan tidak diberi peluang untuk
mengemukakan cadangan. Pemimpin yang mengamalkan corak kepimpinan autokrasi dapat
memastikan keputusan mudah untuk dicapai, tetapi pemimpin yang mempraktikkan gaya
kepimpinan sedemikian cenderung kepada mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan pengikut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...

-
Gaya kepimpinan Laissez-Faire atau gaya kepimpinan kebebasan merupakan satu corak yang memperlihatkan kurang penglibatan seseoran...
-
Bentuk kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut adalah kepimpinan demokratik. Kepimpinan demokratik merupakan suatu kepimp...
-
Di awal tahun persekolahan, antara perkara pertama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan jawatan dan car...